Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fulham benarkan Ream sertai Charlotte

    LONDON, 8 OGOS – Fulham telah bersetuju untuk membenarkan pemain pertahanan Amerika Syarikat, Tim Ream menyertai kelab Major League Soccer, Charlotte FC, umum kelab Liga Perdana itu kelmarin.

    Ream menyertai Fulham dari Bolton pada Ogos 2015 dan membuat 312 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan London itu.

    “Apabila saya memasuki pintu Motspur Park pada 2015, saya tidak pernah meramalkan apa yang akan berlaku dalam sembilan tahun berikutnya,” beritahu Ream, 36, kepada laman web Fulham.

    “Kenangan yang dicipta, hubungan yang terjalin dan orang yang ditemui sepanjang perjalanan menjadikan masa saya di Fulham lebih istimewa.

    “Saya harap saya dapat mengucapkan terima kasih kepada setiap individu atas peranan yang dimainkan mereka dalam membentuk saya sebagai seorang pemain, tetapi lebih sebagai seorang individu. Untuk semua itu, saya sangat bersyukur. Pada hari ini saya bukan lagi pemain, tetapi saya akan sentiasa menjadi penyokong Fulham.”

    Fulham, yang menduduki tempat ke-13 dalam Liga Perdana musim lalu, memulakan kempen baharu di tempat lawan menentang Manchester United pada 16 Ogos. – AFP

    Aksi Ream semasa perlawanan bola sepak Copa America di Kansas City pada 1 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda