Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    GM, Honda umum usaha sama bina sel bahan api

    NEW YORK, 31 Jan – General Motors dan Honda kelmarin mengumumkan rancangan ‘pengeluaran besar-besaran’ sistem sel bahan api hidrogen canggih buat pertama kalinya yang boleh digunakan dalam kenderaan masa hadapan.

    Kedua-dua syarikat itu, yang telah berkolaborasi dalam teknologi berkenaan sejak 2013, akan melancarkan usaha sama Pengilangan Sistem Sel Bahan Api di kemudahan bateri GM sedia ada di Brownstown, Michigan, selatan Detroit, bandar auto AS.

    Pengeluaran itu dijangka bermula sekitar tahun 2020 dan usaha sama itu akan mewujudkan hampir 100 kerja baru, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    GM dan Honda, masing-masing akan melabur sekitar AS$85 juta dalam teknologi berkenaan.

    Kenderaan sel bahan api boleh mengoperasi hidrogen yang dibuat daripada sumber diperbaharui semula seperti angin dan biomass. Pengeluaran asap daripada enjin-enjin ini hanyalah wap air. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 10 Mac menunjukkan Presiden Honda Motors, Takahiro Hachigo bergambar di samping kenderaan sel bahan api baru (FCV), Clarity Fuel Cell semasa previu media di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo. – AFP
    Gambar fail yang diambil pada 10 Mac menunjukkan Presiden Honda Motors, Takahiro Hachigo bergambar di samping kenderaan sel bahan api baru (FCV), Clarity Fuel Cell semasa previu media di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda