Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton diisytihar juara selepas Russell tersingkir

    ANKARA, 29 JULAI – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton diisytihar sebagai pemenang Grand Prix Belgium kelmarin selepas rakan sepasukannya, George Russell tersingkir walaupun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

    Russell, 26, tersingkir selepas keretanya didapati tidak memenuhi syarat selepas perlumbaan, meskipun menamatkan perlumbaan dalam masa 1 jam, 19 minit dan 57.040 saat, lapor Agensi Anadolu.

    “Keretanya tidak dikosongkan sepenuhnya mengikut prosedur yang dikemukakan oleh pasukan dalam dokumen sah mereka seperti yang dinyatakan dalam Artikel 6.5.2 TR,” menurut Delegasi Teknikal Formula 1 FIA, Jo Bauer dalam surat rasmi.

    Kenderaannya ditimbang semula pada skala dalam dan luar FIA dan beratnya adalah 796.5 kilogram (kg).

    “Oleh kerana ia adalah 1.5 kg di bawah berat minimum yang diminta dalam Artikel 4.1 TR, yang juga perlu dihormati pada setiap masa semasa persaingan, saya merujuk perkara ini kepada Stewards untuk pertimbangan mereka,” menurut kenyataan itu.

    Selepas pertemuan antara wakil Stewards dan Mercedes, Russell disahkan tersingkir daripada perlumbaan.

    Hasil keputusan itu, Hamilton dinobat sebagai pemenang, Oscar Piastri dari McLaren di tempat kedua, dan Charles Leclerc dari Ferrari menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan. Pemandu Red Bull, Max Verstappen juara bertahan menamatkan perlumbaan di tempat keempat. – Bernama 

    Lewis Hamilton (kiri), George Russell (tengah) dan Oscar Piastri meraikan selepas Grand Prix Belgium Formula 1 di Litar Spa-Francorchamps di Spa kelmarin. Bagaimanapun, Hamilton diisytihar juara kemudiannya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda