Wednesday, June 26, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Hampir 1.89 juta daftar peperiksaan kelayakan pekerja sosial di China

    BEIJING, 16 JUN – Hampir 1.89 juta orang telah mendaftar untuk peperiksaan kelayakan vokasional pekerja sosial tahun ini, yang diadakan kelmarin dan hari ini, menurut data rasmi.

    Jumlah itu menyaksikan peningkatan 26 peratus berbanding 2023, mencecah paras tertinggi baharu, menurut jabatan kerja sosial Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

    Kelayakan profesional pekerja sosial dibahagikan kepada tiga peringkat: pembantu pekerja sosial, pekerja sosial dan pekerja sosial kanan.

    Pada masa ini, 1.16 juta orang di China telah memperoleh kelayakan profesional dalam kerja sosial. Mereka terlibat dalam bidang seperti kebajikan kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan warga emas dan bantuan sosial, antara lain, menjadi kuasa penting dalam tadbir urus akar umbi.

    Selain itu, lebih 50 calon cacat penglihatan di seluruh negara telah mendaftar untuk peperiksaan tahun ini. – Xinhua

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin Korea Utara lawat Rusia ‘apabila semua syarat dipenuhi’

    TEHRAN, 25 JUN - Lawatan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila ‘semua syarat yang diperlukan dipenuhi’ dan asas untuk menandatangani...