Tuesday, May 14, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hari Bahasa Cina pupuk kreativiti penuntut

    Gambar Xinhua

    LONDON – Lebih 100 orang penuntut dan guru sekolah menengah di Britain mengambil bahagian dalam acara Hari Bahasa Cina Antarabangsa, baru-baru ini.

    Acara tersebut, yang dianjurkan oleh Chinese Bridge Club dan Jawatankuasa Ujian Kemahiran Cina United Kingdom (UK), menandakan berakhirnya aktiviti-aktiviti Hari Bahasa Cina Antarabangsa di seluruh Britain.

    Guru-guru dari enam buah Institut Confucius di London, Oxford dan Nottingham mempamerkan kebudayaan tradisional Cina yang berbeza semasa bengkel tersebut, yang antaranya termasuk kaligrafi Cina, melipat kertas, melukis dan menggosok kertas, lukisan muka opera Cina dan kung fu.

    Sementara itu, Braam Botha, seorang penuntut Tahun 9 dari Kolej St Caterine, memberitahu Xinhua dia telah mempelajari bahasa Cina dan menunjukkan kaligrafi yang ditulisnya pada kiap Cina.

    Sam Hardy, penuntut dari Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika di Universiti London, selaku penyampai acara, berkata dia terpegun oleh lukisan muka opera Cina.

    Seorang penuntut belajar cara melukis dengan kaedah meniup dakwat di London, Britain, sempena Hari Bahasa Cina Antarabangsa.
    Penuntut menunjukkan kaligrafi pada kiap yang dihasilkan mereka.
    Antara penuntut yang mengambil bahagian menulis kaligrafi Cina.

    “Ia adalah acara yang luar biasa, peluang terbaik untuk penuntut-penuntut,” katanya.
    Hardy berkata dia tidak sabar untuk mengunjungi China untuk melanjutkan pengajian dan menerokai pelbagai budaya etnik minoriti Cina.

    “Memandangkan semua seni kreatif yang disertai oleh golongan muda, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri, sebenarnya meluaskan pengalaman mereka,” Joan Deslandes, ketua guru di Sekolah Komuniti Kingsford, timur London, memberitahu Xinhua.

    “Dalam dunia globalisasi ini, saya percaya bahawa ia memberikan faedah yang besar dalam mengenali dan meraikan budaya yang berbeza, bukan sebagai aspek di luar kandungan kurikulum, tetapi sebagai aspek yang jelas dan semasa dalam kehidupan kita seharian,” tambahnya.

    “Saling memahami dan belajar dalam kalangan kebudayaan adalah amat penting,” katanya.

    “Pada pendapat saya, dialog bersemuka adalah asas kukuh hubungan antara negara-negara berbeza,” beritahu Katharine Carruthers, Pengarah Institut Pendidikan UCL Institut Confucius untuk sekolah, kepada Xinhua.

    “Kanak-kanak Cina belajar bahasa Inggeris dan kanak-kanak Britain mempelajari bahasa Cina, ini akan menghasilkan generasi seterusnya yang mendukung persefahaman antara kedua-dua buah negara,” kata Carruthers.

    “Langkah pertama adalah pemahaman bahasa dan seterusnya disusuli oleh pemahaman pertukaran budaya.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pesawat ringan mendarat tanpa peralatan pendaratan

    MELBOURNE, 13 MEI - Sebuah pesawat ringan dengan tiga orang mendarat dengan selamat tanpa peralatan pendaratan pada hari ini selepas mengelilingi lapangan terbang Australia...