Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Waode beranikan diri sertai Big Stage 5

    Pernah menjadi juara menerusi beberapa pertandingan di Indonesia, namun Waode belum cukup puas sehingga mendorongnya mencabar diri menyertai pertandingan Big Stage 5 (BS5).

    Pertama kali menyertai program televisyen di Malaysia, Waode atau Waode Heni Andraini, 26, berkata perbezaan bahasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui olehnya sepanjang menyertai rancangan nyanyian ini.

    “Saya suka dengan cabaran, saya selalu tertanya macam mana rasanya kalau bertanding di luar negara.

    “Kalau di Indonesia saya dah pernah serta sudah tahu bagaimana rasanya. Walaupun Malaysia dan Indonesia dekat tapi bagi saya ia satu cabaran baharu untuk saya belajar.

    “Mungkin di Indonesia peminat faham apa yang ucapkan tapi di Malaysia berbeza saya perlu faham apa yang dikatakan. Sebabnya bahasa kita berbeza.

    “Peserta pun bukan dari Malaysia sahaja, ada dari Korea Selatan dan Singapura. Jadi itu sesuatu yang baharu dan saya suka menerima cabaran baharu,” katanya.

    Waode berkongsi perkara itu selepas tamat BS5 minggu kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor baru-baru ini. – Agensi

    Waode anggap bahasa sebagai satu cabaran semasa di Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...