Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Hari raya peluang berkumpul bersama keluarga

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Meskipun bulan Syawal sudah memasuki hari lima, kemeriahan hari raya masih terasa dengan kunjungan ke rumah keluarga dan rakan-rakan.

    Peluang cuti yang diberikan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Hari Raya Aidilfitri ini dianggap sebagai cuti panjang bagi semua orang di negara ini untuk berkumpul bersama keluarga, baik yang dekat mahupun yang jauh.

    Bagi Pemangku Ketua Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mukim Mentiri, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad, meraikan Aidilfitri ini bukan sekadar pulang ke kampung, malah kehadiran Syawal juga menjadi medan pertemuan sanak saudara, lebih-lebih lagi bagi yang susah untuk mendapatkan cuti.

    Ketika ditemu bual hari ini, beliau berkata, kunjungan saudara-mara yang tinggal di negara jiran seperti Sundar, Lawas, Trusan, Limbang dan Miri, Malaysia itu adalah masa yang sesuai memandangkan kebanyakan keluarga akan berada di rumah masing-masing bagi menanti kunjungan saudara-mara yang ingin bertandang.

    Seperti lazimnya, tambah beliau, kunjungan sanak saudara bukan sahaja dijamu dengan hidangan kuih-muih tradisi dan moden, tapi mereka juga dijamu dengan hidangan utama hari raya.

    Salah seorang ahli keluarga dari Malaysia pula mengongsikan, dari segi sambutan, tidak banyak yang berbeza sama ada dari segi hidangan utama dan kuih-muih.

    “Kesempatan untuk merayakan hari raya bersama keluarga di Brunei memberikan kenangan yang berharga dan ia dapat dikongsikan dengan ahli keluarga yang tidak berpeluang berkunjung menyambut hari raya dengan keluarga di Brunei pada tahun ini,” jelas beliau.

    Awang Faidil Rosemady merakam gambar kenangan bersama saudara-mara dari Malaysia. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...