Wednesday, December 4, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    ICA-CEPA perkukuh pelaburan Kanada di Indonesia

    JAKARTA, 3 DIS – Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Indonesia (Kadin) Anindya Bakrie berkata bahawa Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Indonesia-Kanada (ICA-CEPA) dapat menampung dan meningkatkan pelaburan Kanada di Indonesia.

    Beliau mengesahkan bahawa perjanjian itu membawa keuntungan dengan memberikan akses pasaran untuk produk Indonesia ke Kanada, lapor agensi berita ANTARA.

    “Ini merupakan perkongsian bersejarah antara kedua-dua negara. Perkongsian ini dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya pada Forum Panel CEPA kelmarin.

    Bakrie menggariskan beberapa sektor berpotensi yang akan mendapat manfaat daripada perjanjian ini, termasuk keselamatan tenaga, keterjaminan makanan, mineral kritikal dan kerjasama pertahanan.

    Sektor lain yang turut mendapat manfaat daripada perjanjian ini melalui pelaburan langsung asing (FDI) termasuk sektor pembuatan, teknologi, pertanian dan tenaga, katanya.

    Beliau kemudiannya menyentuh mengenai sektor peralihan tenaga yang kini memerlukan pembiayaan dan teknologi yang meluas. – Bernama

    Gambar Frrepik

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda