Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iedil sanggup ulang-alik KL-Jakarta

    Demi Pierre Andre yang ‘menghilang’ hampir 10 tahun, Iedil Dzuhrie Alaudin sanggup pulang ke tanah air semata-mata mahu merasai pengalaman bekerja dengannya, dalam filem Jangan Pandang Belakang (JPB) 2 – Aku Tahu Asal Usulmu.

    Hakikatnya, filem genre seram adalah naskhah yang paling cuba dielak. Namun, demi Pierre, JPB 2 menjadi filem seram tempatan pertama lakonan Iedil.

    “Saya penakut dan memang cuba elak berlakon filem genre seram. Di Indonesia, saya pernah berlakon dalam filem Kajiman. WaIaupun kerana sudah lama mengimpikan berlakon di bawah pengarahan Adriyanto Dewo.

    “Begitu juga untuk filem JPB2. Apabila syarikat produksi beritahu filem ini diarah Pierre, saya tidak berfikir panjang.

    “Saya terus bersetuju untuk pulang ke Malaysia semata-mata ingin bekerja dengan Pierre,” katanya yang membawa watak Dr Azim dalam filem terbitan MIG itu.

    Iedil yang kini menetap di Indonesia kerana menguruskan syarikat produksi Casa Dream Studio bersama isteri, Prisia Nasution, tidak akan meninggalkan kerjaya lakonannya di Malaysia selagi masih ada tawaran, lapor BH Online.

    “Saya tidak kisah berulang-alik jika ada tawaran berlakon di Malaysia. Saya sanggup balik asalkan produksi tanggung kos tiket kapal terbang.

    “Di Indonesia fokus saya dan isteri lebih kepada menerbitkan filem. Setakat ini, isteri sudah mengarahkan dua judul filem. Sekarang kami sedang cari dana supaya dapat terbitkan enam lagi filem.

    “Misi kami ingin mencipta karya nusantara yang lebih besar. Saya dan isteri berhasrat menjalin program usaha sama antara penggiat seni Malaysia dan Indonesia.

    “Kami juga merancang menganjurkan program inkubator skrip supaya masing-masing boleh faham pasaran di Asia Tenggara,” katanya. – Agensi

    Demi Pierre, JPB 2 menjadi filem seram tempatan pertama lakonan Iedil. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda