Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iman Troye beri hadiah RM300 kepada calon SPM

    Penyanyi Iman Troye mahu menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan, hari ini.

    Iman yang juga duta bagi pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu PTTI, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian keputusan yang sebelumnya gred G dan meningkat ke gred A.

    “Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek daripada gred G meningkat A, saya mahu berikan wang tunai sebanyak RM300.

    “Hadiah ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras pada SPM 2022, malah mahu memberikan motivasi supaya terus berusaha pada masa akan datang.

    “Tawaran RM300 terbuka kepada termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya kepada BH Online.

    Justeru, Iman berkata, pelajar menepati kriteria seperti disebutkan boleh menghantar mesej dalam Instagram (IG) PTTI untuk mendapatkan wang tunai dijanjikan.

    Tambah penyanyi lagu Nang itu, penghargaan dibuat diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pelajar bakal menduduki SPM, tahun ini.

    “Bagi yang belajar dengan PTTI atau mana-mana sekolah, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

    “Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari sebagai bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya. – Agensi

    Iman tawar ganjaran RM300 kepada calon SPM yang mendapat keputusan yang sebelumnya gred G dan meningkat ke gred A. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda