Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Imran Khan dibenar keluar hospital

    ISLAMABAD, 6 NOV – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad, kata pembantu kanannya, tiga hari selepas ditembak di kaki dalam cubaan membunuh yang gagal.

    Dakwaan Khan bahawa penggantinya Shehbaz Sharif terlibat dalam kejadian tembak telah meningkatkan ‘kemelut politik’ di negara yang bergolak sejak beliau digulingkan pada April.

    Bekas Menteri Penerangan, Fawad Chaudhry memberitahu AFP bahawa Khan telah dibenarkan keluar dan saluran TV tempatan menunjukkan beliau meninggalkan klinik Lahore dengan kerusi roda.

    Khan, 70, cedera akibat tembakan ke trak kontena ketika beliau berada di atas bumbung kenderaan berkenaan untuk mengetuai konvoi parti politik melalui jalan yang dipenuhi orang ramai di timur bandar Wazirabad pada Khamis.

    Seorang lelaki ditahan berikutan serangan itu, yang dikatakan oleh pegawai kerajaan sebagai perbuatan seorang lelaki bersenjata dan ‘kes jelas ekstremisme agama’.

    Gambar yang diambil pada 4 November menunjukkan Imran Khan bercakap dengan wakil media di sebuah hospital di Lahore, sehari selepas cubaan membunuh ke atasnya. – AFP

    Dalam satu rakaman video yang tular di media, suspek yang bertindak sendirian itu berkata dia cuba membunuh Khan kerana konvoinya mengganggu azan, yang menyeru umat Islam bersolat di masjid.

    Khan, bagaimanapun menegaskan dua penembak terlibat, dan bercakap kepada pemberita dari hospital mendakwa Sharif, Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah, dan seorang pegawai perisikan kanan berada di sebalik komplot itu.

    Kerajaan dan tentera telah menolak dakwaan itu sebagai pembohongan dan rekaan, dan mengancam untuk menyaman Khan kerana fitnah.

    Khan, bekas bintang kriket, menjadi perdana menteri pada 2018 dengan janji memperjuangkan, menghalang dan menyekat serta menamatkan rasuah yang membelenggu negara itu sejak sekian lama.

    Beliau digulingkan melalui undi tidak percaya pada April ketika ekonomi merosot dan kehilangan sokongan tentera.

    Sejak itu, Khan telah berkempen untuk pilihan raya kilat, dengan beberapa siri perarakan dan perhimpunan sambil mendakwa beliau telah disingkir daripada kuasa dalam konspirasi yang didalangi oleh Amerika Syarikat.

    Penganalisis berkata percubaan pembunuhan dan tuduhan Khan telah menjerumus Pakistan ke dalam ‘fasa berbahaya’.

    “Ia adalah situasi yang genting,” kata penganalisis akademik dan politik Tauseef Ahmed Khan, yang juga ahli lembaga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.

    “Bukan sahaja untuk proses demokrasi tetapi juga untuk negara.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...