Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    India bentang belanjawan di parlimen pada 23 Julai

    NEW DELHI, 7 JULAI – Menteri Hal Ehwal Parlimen India, Kiren Rijiju kelmarin berkata kerajaan yang baru dipilih itu akan membentangkan belanjawan pertamanya di Dewan Rakyat pada 23 Julai.

    Menurut Rijiju, bajet yang dibentangkan adalah untuk tahun fiskal 2024-2025, lapor Xinhua.

    “Atas cadangan kerajaan India, Presiden India telah meluluskan cadangan untuk mengadakan sidang kedua-dua Dewan Parlimen bagi Sesi Belanjawan 2024 dari 22 Julai hingga 12 Ogos (tertakluk kepada keperluan Urusan Parlimen),” kata menteri itu dalam satu kenyataan.

    Belanjawan Persekutuan 2024-25 akan dibentangkan di Lok Sabha pada 23 Julai.

    Perdana Menteri India, Narendra Modi berjaya memenangi pilihan raya umum bulan lalu dengan sokongan parti-parti gabungan dalam Barisan Demokrasi Nasional (NDA) yang dipimpin oleh partinya, Bharatiya Janata Party (BJP).

    Pada dua penggal sebelum ini, partinya memenangi majoriti mutlak, namun dalam pilihan raya kali ini prestasi partinya merosot, menyebabkan beliau perlu bergantung kepada sokongan parti-parti gabungan untuk membentuk kerajaan. – Bernama

    Menteri Hal Ehwal Parlimen India, Kiren Rijiju bercakap kepada media semasa sidang akhbar di Amritsar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda