Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    India umum vaksinasi semua penduduk dewasa

    NEW DELHI, 20 APRIL – India semalam mengumumkan langkah memperluas vaksinasi COVID-19 kepada semua golongan dewasa, bermula bulan depan.

    Tindakan itu diambil ketika India bergelut dengan rekod lonjakan jangkitan yang menyaksikan ibu negara ini terpaksa dikenakan perintah berkurung selama seminggu, bermula malam tadi.

    Namun, arahan perintah berkurung itu membawa kepada kesesakan di terminal bas utama di New Delhi berikutan puluhan ribu pekerja migran cuba untuk ‘melarikan diri’ daripada sekatan terbabit – sekali gus mencetuskan kebimbangan akan risiko bahawa mereka membawa penularan virus itu ke kampung halaman masing-masing di kawasan pedalaman.

    Ketika ini, India mengehadkan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan berumur 45 tahun ke atas, selepas memulakan program imunisasi pada pertengahan Januari lalu dan telah menyelesaikan lebih 123 juta suntikan, setakat ini.

    Bagaimanapun, pakar menggesa pelaksanaan program imunisasi itu diperluaskan dengan lebih cepat lagi untuk memerangi lonjakan kes yang terus memberi tekanan besar ke atas sistem penjagaan kesihatan India yang sedia menanggung beban berlebihan ketika ini. – AFP

    Pekerja kesihatan duduk di kawasan menunggu pusat vaksinasi yang telah ditutup disebabkan kekurangan vaksin COVID-19 di Mumbai, India kelmarin. India memutuskan untuk memvaksinkan semua penduduk berusia 18 tahun ke atas mulai 1 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda