Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri

    KUCHING, 6 OGOS – Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan pelbagai bidang teknologi yang sedang diterokai oleh negeri itu, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

    Sagah berkata bidang berkenaan termasuk hidrogen, tenaga suria dan terkini industri aeroangkasa.

    “Oleh itu, pembangunan dari aspek profesional secara berterusan dalam kalangan guru dan pensyarah di institusi pendidikan di negeri ini adalah penting.

    “Pendekatan ini akan membolehkan sekolah dan universiti mempunyai pakar selain mampu untuk menawarkan lebih luas pilihan bidang masa hadapan yang membolehkan pelajar meneroka dan membangunkan kemahiran khusus,” katanya. – Bernama

    Sagah (kanan) ketika melawat reruai pameran pada Advanced Sustainable Technology International Conference (ASTECH) di Kuching, Sarawak pada 6 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda