Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran gantung rundingan diplomatik Arab Saudi

    TEHRAN, 13 MAC – Iran telah memutuskan untuk menggantung rundingan rahsia dibroker Baghdad bertujuan meredakan ketegangan dengan Arab Saudi, lapor media Iran hari ini, sehari selepas Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terbesar dalam sejarahnya.

    Laman berita Iran Nournews, dianggap rapat dengan Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, melaporkan kerajaan telah menghentikan rundingan dengan Arab Saudi yang telah berlangsung secara berterusan selama setahun dengan tujuan memulihkan hubungan diplomatik.

    Menteri luar Iraq berkata sebelumnya pusingan kelima rundingan di antara Saudi dan wakil Iran dijangka diteruskan pada Rabu.

    Laporan tidak memberikan sebab-sebab penggantungan Iran, tetapi ia berlaku selepas Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas 81 orang yang disabit bersalah membunuh dan menjadi anggota kumpulan militan.

    Penduduk majoriti Syiah, yang menetap di kawasan timur, telah lama mengadu dilayan bagai rakyat kelas kedua.

    Pelaksanaan hukuman mati penduduk Syiah oleh Arab mencetuskan pergolakan rantau sebelum ini.

    Lewat semalam, bantahan meletus di kalangan penduduk Syiah di pulau Bahrain berhubung pelaksanaan hukuman mati itu.

    Rundingan antara kedua-dua musuh serantau bermula di ibu negara Iraq tahun lalu ketika Arab Saudi berusaha mencari jalan menamatkan perang ke atas pemberontak Huthi di Yaman, konflik yang telah mencetuskan krisis kemanusiaan paling teruk di dunia.

    Penggantungan rundingan diplomatik di antara dua negara yang bergelut berkuasa di rantau Timur Tengah juga berlaku pada masa tegang di rantau.

    Hari ini serangan misil mendarat berdekatan pejabat kedutaan Amerika Syarikat di bandar utara Iraq Irbil. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda