Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ironman TLDM dianugerahi Bintara Terbaik

    LUMUT – Tugas hakiki sebagai anggota pasukan keselamatan negara Malaysia tidak membataskan Bintara Skuadron Bravo KD Panglima Hitam, Bintara Muda PAP (PKL) Abdul Rahman Abu Hassan untuk terus aktif dalam acara sukan lasak.

    Abdul Rahman, 40, tahun menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 9 Jun 2004, sebelum menggalas tanggungjawab dalam Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM setahun kemudiannya.

    Bersempena Istiadat Perbarisan Hari TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Abdul Rahman menerima anugerah Bintara Terbaik TLDM 2022 yang disampaikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.

    Antara sukan lasak yang disertai Abdul Rahman ialah acara triatlon dan Ironman yang memerlukan beliau menyempurnakan acara renang, lumba basikal dan larian jarak jauh. 

    Pada tahun ini Abdul Rahman berkata beliau akan menyertai tiga acara Ironman iaitu Ironman 70.3 Desaru pada Mei, Kejohanan Dunia Ironman 70.3 di Finland Ogos dan Ironman Langkawi Oktober.

    “Untuk layak ke Kejohanan Dunia bukan semua orang boleh pergi sebab kita kena layak dari segi catatan masa dan ranking kerana kalau kita ada duit untuk bayar sekalipun bagi menyertai acara tersebut, dia tak boleh pergi melainkan kita layak dengan catatan masa yang kita buat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. 

    Dalam kerjaya Abdul Rahman mempamerkan kecemerlangan apabila berjaya menjadi Penuntut Terbaik Kursus Modul Kepimpinan dan Pengurusan (Kursus Penyelia Paskal) pada tahun lepas. – Bernama

    Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob (kanan) menyampaikan Anugerah Bintara Terbaik TLDM kepada Bintara Muda PAP (PKL) Abdul Rahman Abu Hassan (kiri) pada acara perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-89 di Pangkalan TLDM, 27 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda