Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Islam tumpaskan Oliveira

    ABU DHABI, 24 OKT – Islam Makhachev muncul juara baharu selepas menewaskan raja lightweight, Charles Oliveira menerusi pertarungan pusingan kedua di UFC 280.

    Islam memberikan tekanan seawal loceng dibunyikan, memberikan tumbukan tangan kiri pada pusingan pertama dan cuba untuk menguasai gelanggang. Lawan dari Brazil itu ditumbangkan setelah Islam menumbuk belakangnya dengan tangan kanan dan terus menyekat Oliveira yang mengaku kalah pada minit ke 3:16 dalam pusingan kedua.

    “Saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk saat ini,” kata petinju berumur 31 tahun itu. “Sepanjang hidup saya, sejak dari kecil, saya sentiasa menantikan saat ini.”

    Islam yang mempunyai rekod karier 22-1, dibimbing oleh rakan senegara dari Rusia, Khabib Nurmagomedov, yang tidak disangkal lagi merupakan petinju terhebat dalam sukan tersebut, yang sudah bersara dengan rekod tanpa kalah 29-0.

    Islam menyerahkan tali pinggang kepada rakannya itu, sambil menghargai arwah bapa Khabib, Abdulmanap – jurulatih yang membimbing mereka sebelum meninggal dunia pada tahun 2020.

    “Beberapa tahun lalu dia ada memberitahu saya, ‘kamu akan menjadi juara’,” kata Islam. – AFP

    Islam Makhachev (dua kiri), bergambar bersama jurulatihnya, Khabib Nurmagomedov (dua kanan), selepas mengalahkan Charles Oliveira dalam kejuaraan kategori lightweight di Etihad Arena, Abu Dhabi, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...