Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti Stromboli

    ROME, 5 JULAI – Aktiviti gunung berapi di pulau selatan Itali, Stromboli mendorong pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap amaran daripada paras jingga kepada merah iaitu tahap amaran tertinggi, kelmarin.

    Penduduk di kawasan terbabit digesa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Institut Geofizik dan Vulkanologi Nasional (INGV) memaklumkan bahawa peningkatan aktiviti gunung berapi telah dikesan di Gunung Stromboli.

    Hanya beberapa ratus orang menetap di Stromboli.

    Kebanyakan pelancong pergi ke sana dengan menaiki bot dari Sicily untuk mendaki gunung berapi setinggi lebih 920 meter. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda