Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-lslam, hari ini, menerima kunjungan hormat daripada Komander Polis Pengawal Pantai (PCG) Republik Singapura, SAC Hsu Sin Yun di lbu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Jalan Tungku, Gadong.
Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan, Penguasa Kanan Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji ldris, pegawai pemerintah Polis Marin dan pegawai-pegawai PCG Republik Singapura.
Pada perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak membincangkan sokongan berterusan dalam menjalin kerjasama yang lebih kukuh dalam kerja-kerja kepolisan, latihan, perkongsian maklumat, peningkatan kapasiti dan kawasan-kawasan kepolisan lain yang boleh meningkatkan keupayaan masing-masing dan juga isu-isu kepentingan strategik.
PDB juga mengucapkan terima kasih kepada Komander PCG atas sokongan berterusan yang diberikan selama ini dan hubungan dua hala yang mesra antara PDB dan PCG, Republik Singapura.