Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jannik Sinner juara terbuka ABN AMRO

    THE HAGUE, 19 FEB – Pemain tenis Itali, Jannik Sinner memulakan tahun 2024 dengan sempurna apabila memenangi edisi ke-51 kejohanan ATP Terbuka ABN Amro di Rotterdam, kelmarin, menewaskan pemain Australia Alex De Minaur 7-5, 6-4 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, lapor Xinhua.

    Selepas memenangi Terbuka Australia, kemenangan Grand Slam pertamanya pada Januari, Sinner, 22, datang ke Rotterdam dengan penuh keyakinan dan menjadi pilihan utama untuk memenangi kejohanan itu.

    Dalam aksi separuh akhir pada Sabtu, beliau mengalahkan pemain kegemaran tempatan, Tallon Griekspoor dengan selesa 6-2, 6-4.

    Pada aksi final, De Minaur yang menduduki tempat ke-11 dalam ranking dunia ATP, menampilkan aksi cemerlang dengan pada satu ketika berjaya mengikat kedudukan 5-5 pada set pertama. 

    Bagaimanapun aksi konsisten Sinner berjaya mematahkan percubaan pemain Australia itu sehingga set berikutnya.

    Ini merupakan kemenangan ke-15 berturut-turut bagi Sinner, membolehkan kedudukan pemain itu melonjak satu anak tangga ke ranking ketiga dunia pada Isnin. – Bernama

    Jannik Sinner menjulang trofi kejohanan tenis ABN AMRO ATP menentang pemain Australia Alex De Minaur di arena Ahoy di Rotterdam, Belanda, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda