Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Japen Labuan tubuh komuniti Keluarga Malaysia

    LABUAN, 15 MAC – Jabatan Penerangan (Japen) Labuan hari ini menubuhkan gerakan sukarela Komuniti Keluarga Malaysia melibatkan enam subzon kawasan Parlimen ini.

    Senator Datuk Bashir Alias yang mengetuai gerakan sukarela itu berkata penubuhannya antara lain bertujuan menerapkan nilai-nilai Keluarga Malaysia dalam kalangan masyarakat serta memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

    Katanya, gerakan itu juga bermatlamat meningkatkan kefahaman rakyat berkaitan isu semasa dan menangani berita dan maklumat palsu dalam komuniti setempat.

    “Ia juga ditubuhkan bagi membantu memajukan dan memperkasa keupayaan dan daya saing komuniti setempat dalam bidang sosioekonomi, sejajar dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya selepas mendengar taklimat penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia oleh Pengarah Japen Labuan Rasil Hajatil di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda