Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenazah pendaki rakyat Malaysia dibedah siasat

    KUALA LUMPUR, 3 JUN – Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di sebuah hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.

    Perkara itu dimaklumkan Kelab Alpine Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook.

    “Selepas bedah siasat selesai, proses selanjutnya ialah mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk urusan membawa jenazah kembali ke Malaysia, di bantu oleh Konsular General Malaysia di Los Angeles dan pihak syarikat insuran,” katanya.

    Sementara itu, hantaran tersebut turut memaklumkan mengenai tahap kesihatan pendaki Zainudin Lot yang semakin baik dan dibenarkan keluar dari hospital di Talkeetna, Alaska pada Ahad.

    “Sementara itu Muhammad Illaham Ishak masih menjalani rawatan di hospital di Anchorage. Wakil Kelab Jelajah Alpine Norsafrina Shamsir Md Nasir yang kini berada di Talkeetna, Alaska akan membantu urusan untuk mengambil peralatan mendaki yang kini masih berada di pergunungan Denali, yang perlu dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taman Negara Denali,” katanya.

    Semalam, Kelab Alpine Malaysia memaklumkan jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa mendaki di Gunung Denali di Alaska telah dibawa turun dari lokasi pada 1 Jun lalu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda