Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun batal rancangan pikat wanita keluar bandar

    TOKYO, 30 OGOS – Idea kerajaan Jepun yang dipersendakan secara meluas untuk memikat wanita Tokyo supaya berkahwin dengan lelaki di kawasan luar bandar dengan menawarkan bayaran tunai dan tiket kereta api untuk acara mencari jodoh telah dibatalkan, kata pegawai-pegawai pada hari ini.

    Birokrat telah menjangkakan pembayaran sehingga 600,000 yen (AS$4,140) untuk wanita yang berkahwin dan menetap di luar Tokyo sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan jurang jantina luar bandar, lapor media tempatan.

    Hanako Jimi, menteri negara bagi pemulihan wilayah menegaskan bahawa laporan mengenai jumlah pembayaran adalah “tidak benar”.

    Kebocoran media mengenai skim itu mengundang cemuhan di media sosial, di mana pengkritik melihatnya sebagai tipikal di negara di mana lelaki mendominasi politik dan bidang-bidang lain, lebih daripada mana-mana ekonomi perindustrian utama lain. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda