Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joe akhirnya jawab isu perceraian dengan isteri

    Penyanyi Joe Jonas akhirnya membuka mulut selepas seminggu tidak membuat kenyataan susulan menfailkan perceraian terhadap isterinya, Sophie Turner.

    Menurut mStar yang dipetik dari Los Angeles Times, Joe ketika mengadakan persembahan bersama adik beradiknya di Stadium Dodger memaklumkan bahawa seminggu yang berlalu itu merupakan minggu yang sangat sukar baginya.

    Joe juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan perceraiannya dengan Sophie kepada peminat di Los Angeles pada hujung minggu ini.

    “Ia menjadi minggu yang sukar bagi saya,” katanya.

    Penyanyi itu turut menyelar khabar angin negatif yang tular berkenaan perpisahannya bersama Turner.

    “Saya cuma nak cakap, Jika awda tidak mendengarnya dari bibir ini, jangan percaya,” katanya kepada ribuan peminat di stadium tersebut.

    Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan dan juga kasih sayang yang diberikan.

    “Saya dan keluarga saya sayang kamu semua,” ujarnya. – Agensi

    Joe ucapkan terima kasih kepada peminat ke-rana sentiasa memberi sokongan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda