Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnson batal lawatan ke India

    LONDON, 19 APRIL – Perdana Menteri Britain Boris Johnson telah membatalkan lawatannya ke India pada minggu depan, lawatan luar negara pertama sejak menerajui tampuk pentadbiran pada 2019, kata pejabatnya hari ini, tatkala kes koronavirus meningkat di India.

    “Memandangkan situasi koronavirus sekarang, Perdana Menteri Boris Johnson tidak akan berkunjung ke India pada minggu depan,” katanya.

    Kenyataan menambah pemimpin kedua-dua negara sebaliknya akan berbincang pada akhir bulan ini mengenai pelancaran pelan mereka untuk perkongsian masa depan di antara UK dan India.’

    “Mereka tetap meneruskan komunikasi dan tidak sabar-sabar untuk bertemu pada akhir tahun ini,” katanya.

    Pejabat Johnson pada minggu lalu telah mengumumkan lawatan akan dipendekkan. Lawatan pada mulanya dianjurkan selama tiga hari dan dijangka bermula pada 26 April.

    Ia telah dijadualkan pada Januari dan dialu-alu sebagai satu peluang untuk Britain menumpu pada dasar perniagaan antarabangsa susulan Brexit ketika ia meneruskan strategi ‘global Britain’.

    Kini, jangkitan yang meningkat di India – di mana pegawai mencatat lebih 200,000 kes dalam lima hari berturut-turut – telah mendorong kepada pembatalannya.

    Lawatan bertujuan memperkukuh hubungan perniagaan, pelaburan dan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan, keselamatan, kesihatan dan perubahan iklim.

    Ia menyusuli satu jemputan daripada Perdana Menteri India Narendra Modi, yang mengambil bahagian dalam sidang kemuncak iklim yang dianjurkan di London pada awal tahun ini. – AFP

    Perdana Menteri Boris Johnson melawat projek perumahan di Stonehouse, barat daya England kelmarin. Johnson telah membatalkan lawatannya ke India yang dijadualkan pada minggu depan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda