Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jorge Martin kalahkan juara Dunia

    ASSEN, BELANDA, 22 JUN – MotoGP melangkah ke Grand Prix Belanda pada Ahad selepas perlumbaan mendebarkan di Jerman yang kelihatan menunjukkan perubahan kontinental dalam keseimbangan kuasa perlumbaan permotoran.

    Di Sachsenring, pelumba Sepanyol, Jorge Martin berjaya mengalahkan juara dunia, Francesco Bagnaia selepas persaingan sengit untuk menamatkan hujung minggu dengan maksimum 37 mata selepas turut memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu lalu.

    ‘Martinator’ berhasil mengatasi pendahulu dari Itali itu dalam kejuaraan tersebut dengan memungut 16 mata.

    Ducatis menduduki tangga kelapan berbanding sembilan tempat teratas di Sachsenring. Penunggang motorsikal Eropah pula menduduki tempat 11 teratas yang lain.

    Selepas penunggang Honda, Marc Marquez tergelincir sejurus sebelum perlumbaan dengan ibu jarinya patah, hanya tiga motosikal Jepun yang berada di grid, jumlah paling rendah sejak perlumbaan terakhir musim 1969.

    Pencapaian terbaik adalah Franco Morbidelli dari pasukan Yamaha yang berada di tempat ke-12 dalam perlumbaan yang menunjukkan kemerosotan dramatik kejayaan Jepun.

    Jorge Martin meraikan beraksi semasa perlumbaan MotoGP Jerman Grand Prix di litar perlumbaan Sachsenring di Hohenstein-Ernstthal, timur Jerman. – AFP

    Dari 1975 hingga 2021, Honda, Yamaha dan Suzuki berkongsi semua gelaran kecuali seorang pelumba.

    Suzuki tercicir pada penghujung musim lalu, hanya dua tahun selepas Joan Mir memenangi gelaran dunia untuk mereka

    Untuk perlumbaan terakhir sebelum cuti musim panas, MotoGP menuju ke Cathedral of Speed di Assen, sebuah trek yang diminati penunggang.

    Bagnaia juga mempunyai tatu trek itu di lengannya.

    Martin menunggang pasukan satelit Ducati, Pramac. Bagnaia menunggang motorsikal buatan Ducati.

    Di Jerman, mereka diikuti oleh tiga Bologna Bullets lagi: Johann Zarco dari Pramac kedua, diikuti oleh Marco Bez-zecchi dan Luca Marini daripada pasukan Mooney milik Valentino Rossi.

    Kesemua lapan motosikal dari empat pasukan yang menggunakan Ducati, menduduki tempat sembilan teratas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda