Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joshua tumpaskan Franklin

    LONDON, 2 APRIL – Bekas juara tinju heavyweight dunia dua kali, Anthony Joshua kembali mencatat kemenangan tetapi hanya selepas persembahan yang tidak meyakinkan dalam kemenangan sebulat suara ke atas Jermaine Franklin semalam.

    Petinju Britain itu telah tewas tiga daripada lima pertandingan terakhirnya, termasuk kekalahan berturut-turut kepada Oleksandr Usyk, tetapi dia menang sekali lagi buat kali pertama sejak 2020 selepas juri memberinya mata kemenangan dalam pertarungan London 118-111, 117-111 dan 117-111 yang berpihak kepada Joshua.

    Joshua kerap menghentam dengan pukulan kirinya dan juga beberapa kali dengan tangan kanannya tetapi pemain kelas berat Amerika itu tetap berdiri teguh di Arena 02.

    Pusingan penamat yang pelik menyaksikan pusingan ke-12 kelihatan berakhir lapan saat lebih awal sebelum Joshua menolak kepalanya kepada Franklin dan ia mencetuskan reaksi marah Lorenzo Adams, jurulatih Franklin, yang kemudian menolak Joshua.

    Pertikaian itu segera diselesaikan dan tangan Joshua diangkat sekali lagi untuk memberikannya kemenangan profesional ke-25 dan mengekalkan harapan untuk mengadakan ‘Pertempuran Britain’ dengan juara WBC, Tyson Fury.

    “Saya tahu apa yang peminat mahukan. Saya berbesar hati untuk bersaing untuk kejuaraan heavyweight dunia WBC. Saya berdiri di sini dan saya menyatakannya dengan bangga.” – AP

    Anthony Joshua (kiri) menumbuk Jermaine Franklin semasa perlawanan tinju heavyweight di The O2, Sabtu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda