Saturday, February 8, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah pelancong antarabangsa lawat Angkor meningkat

    PHNOM PENH, 3 APRIL – Taman Arkeologi Angkor di Kemboja menerima kedatangan 236,341 pelancong asing pada suku pertama 2023, peningkatan hampir 11 kali ganda berbanding 19,840 pada tempoh yang sama tahun lepas.

    Taman purba itu menjana pendapatan AS$11.1 juta hasil jualan tiket sepanjang tempoh Januari-Mac tahun ini, meningkat lebih 12 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sekitar AS$815,575 menurut Angkor Enterprise dalam satu kenyataan.

    Setiausaha Negara dan Jurucakap Kementerian Pelancongan, Top Sopheak
    mengaitkan pertumbuhan ketara itu disebabkan strategi anti-COVID-19 China dan menyambung semula lawatan secara berkumpulan awal tahun ini.

    “Kami percaya lebih ramai pelancong asing akan datang ke Kemboja, terutamanya ke Angkor pada tahun-tahun akan datang kerana banyak syarikat penerbangan menyambung semula operasi mereka ke negara itu.

    “Kepulangan pelancong dan pelabur China adalah petanda baik untuk kemajuan pelancongan dan ekonomi Kemboja dalam era pasca wabak COVID-19,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda