Thursday, March 20, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Justin Bieber ‘lemas’ lawan emosi, beri bayangan berdepan masalah mental

    Penyanyi Justin Bieber memberi bayangan dirinya sedang bertarung dengan kesihatan mental.

    Memetik laporan mStar, Justin, 31, dalam satu hantaran di Instagram memberitahu dia sukar menangani masalah kebencian, harga diri dan penipuan.

    Kata Justin, dia berasa lemas dan berusaha untuk melepaskan kebencian yang dialaminya.

    Bagaimanapun dia sering kali dinasihatkan untuk tidak berkelakuan seperti itu kerana bimbang melukakan orang lain.

    “Saya tidak dibenarkan memilikinya, jadi saya tidak beritahu sesiapa apa yang saya alami,” luahnya.

    Bukan itu sahaja, Justin mengakui dia sentiasa ragu dengan dirinya.

    Perkongsian tersebut bagaimanapun tidak membuktikan dia mengalami kesihatan mental.

    Namun rata-rata percaya hantaran berkenaan merujuk kepada keadaan dirinya yang tidak terurus sejak akhir-akhir ini.

    Sebelum ini, Justin menafikan dirinya mengambil bahan terlarang selepas penampilannya yang tidak terurus menjadi perhatian.

    Dia sebaliknya menjelaskan penampilan tersebut berpunca disebabkan tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya iaitu Jack Blues yang berusia enam bulan. – Agensi

    Luahan Justin buat peminat bimbang. – 20Minutes
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda