Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KACA anjur Majlis Doa Kesyukuran

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Negara Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahunnya yang ke-38 di Pusat KACA, Kampung Kiulap.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

    Turut hadir, Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, ahli-ahli jawatankuasa dan kakitangan KACA, ahli-ahli KACA, ibu bapa dan penjaga, para sukarelawan KACA serta para jemputan.

    Majlis turut diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil.

    Persatuan KACA kini merancang beberapa aktiviti dan program bagi 2024 hingga 2025 dengan mengadakan Projek Menabung KACA Fasa ke-3 bagi Tempoh Lima Tahun dari 2021 hingga 2025; Peraduan Mari Bercerita Kanak-kanak KACA 2024/2025; dan Program Lawatan Ibu Bapa, Sukarelawan dan Kakitangan KACA ke Pusat-pusat Orang Kelainan Upaya (OKU) di Jakarta, Indonesia.

    Dato Paduka Haji Zainal semasa menghadiri majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH ROKIAH MAHMUD
    ATAS & BAWAH: Antara yang menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH ROKIAH MAHMUD
    GAMBAR OLEH ROKIAH MAHMUD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda