Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBKu Ceria mendapat sambutan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    KUALA BELAIT, 1 Okt – Dalam usaha untuk menarik tumpuan dan kunjungan orang ramai di Kuala Belait, Program Kuala Belaitku Ceria (KBKu Ceria) kembali lagi bulan ini dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran, aktiviti riadah dan juga jualan yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan dan individu.

    Program KBKu Ceria yang diadakan di sepanjang Jalan Sungai itu merupakan platform dalam menyokong ke arah kehidupan masyarakat yang sihat dan cergas, di samping sebagai acara yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pendapatan peniaga kecil dan sederhana khususnya bagi rakyat dan penduduk di Daerah Belait.

    Antara perisian Program KBKu Ceria kali ini adalah Hari Pelanggan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Daerah Belait dan Kempen Kesedaran Kebersihan Peringkat Daerah Belait.

    Hari Pelanggan telah melibatkan penyertaan lima buah jabatan iaitu Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan cawangan Daerah Belait, Jabatan Buruh dan Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Daerah Belait.

    Acara tersebut diadakan untuk mempamerkan dan memberigakan peranan, tugas dan tanggungjawab jabatan-jabatan berkenaan khususnya dalam berkongsi dan memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkhidmatan utama (core business) jabatan di samping membolehkan orang ramai berinteraksi dan mendapatkan maklumat dengan lebih dekat mengenai jabatan-jabatan berkenaan.

    Orang ramai meluangkan hujung minggu bersama ahli keluarga berkunjung ke KBKu Ceria di sepanjang Jalan Sungai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda