Saturday, October 5, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kejohanan golf erat silaturahim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Seramai 150 peserta telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Terbuka Amatur Kelab Golf Pantai Mentiri ke-32 dan Kejohanan Golf Terbuka Amatur Senior Pertama 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

    Pemenang dalam kategori keseluruhan lelaki ialah Awangku Muhd Syakir bin Pengiran Haji Alli dengan 218 pukulan, membawa pulang piala cabaran, trofi dan hadiah wang tunai manakala Brian Chew di tempat kedua dengan 221 pukulan dan Qawi Aslimon di tempat ketiga dengan 229 pukulan.

    Manakala dalam kategori keseluruhan wanita dimenangi oleh Agnes Hiu dengan 167 pukulan dan Agnes De La Cruz di tempat ke-2 dengan 168 pukulan.

    Sementara itu bagi kategori keseluruhan terbuka lelaki senior dimenangi oleh Johari Haji Ahmad dengan 153 pukulan, Suhaimi Ibrahim di tempat kedua dengan 154 pukulan dan Haji Ahmad bin Haji Tusin di tempat ketiga dengan 158 pukulan (OCB).

    Dalam kategori keseluruhan terbu-ka wanita dimenangi oleh Pengiran Datin Ummi Kalthum dengan 102 pukulan; Hajah Azizah binti Ahmad di tempat kedua dengan 110 pukulan; Mas Alinah binti Dato Haji Yacob di tempat ketiga dengan 117 pukulan.

    Hadiah dan trofi bagi acara berkenaan telah disampaikan oleh Pengiran Dato Abidin bin Pengiran Haji Ahmad.

    Sementara itu, hadiah dan trofi bagi kategori keseluruhan terbuka lelaki dan wanita telah disampaikan oleh Kolonel (B) Awang Zahrin bin Zunaidi selaku Pengerusi Kelab Golf Pantai Mentiri.

    Turut disampaikan adalah sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kepada wakil Jabatan Pembangunan Masyarakat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Para pemenang bergambar ramai semasa kejohanan berkenaan. – Gambar serahan Kelab Golf Pantai Mentiri.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda