Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekecohan peminat lewatkan Final Copa America

    MIAMI, 15 JULAI – Perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia dilewatkan sedikit pada hari Ahad selepas ratusan penyokong melanggar pintu pagar keselamatan sebelum sepak mula yang dijadualkan di Stadium Hard Rock.

    Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan peminat melepasi halangan dan berlari melepasi anggota polis dan keselamatan berhampiran pintu masuk barat daya tempat itu di Miami Gardens.

    Jeritan turut kedengaran dan beberapa orang tercedera menerima rawatan perubatan dalam cuaca panas di Florida.

    Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengumumkan bahawa masa sepak mula pada asalnya dijadualkan pada pukul 8 malam tetapi terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya 30 minit.

    “Kami memaklumkan bahawa orang ramai yang tidak mempunyai tiket tidak akan dapat memasuki stadium,” kata badan induk itu di media sosial. “Hanya mereka yang telah membeli tiket akan dapat masuk setelah akses dibuka semula.”

    Jabatan polis Miami-Dade County mengeluarkan kenyataan mengutuk insiden itu dan berjanji untuk menunjukkan ‘toleransi sifar’ terhadap peminat yang melampau.

    “Kami meminta semua orang bersabar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pegawai kami dan kakitangan Stadium Hard Rock,” kata kenyataan itu. “Kami secara aktif bekerjasama dengan Stadium Hard Rock untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua yang hadir. Tingkah laku yang melampau akan menyebabkan anda diusir dan/atau ditangkap.”

    Lebih daripada 65,000 penonton dijangka menghadiri perlawanan itu. – Xinhua

    Penyokong tanpa tiket menunggu di luar stadium menjelang perlawanan bola sepak akhir kejohanan Copa America Conmebol 2024 antara Argentina dan Colombia di Stadium Hard Rock, Miami, Florida pada 14 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda