Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelambatan umum kes kematian dijelaskan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Kelambatan sebahagian pengumuman kes-kes kematian sama ada disebabkan jangkitan COVID atau sebaliknya kepada orang ramai di negara ini adalah bagi menanti keputusan yang lebih sahih hasil daripada siasatan mengenainya.

    “Sebahagian kes kematian belum dapat diumumkan terus kepada khalayak awam disebabkan ia masih dalam siasatan pihak tertentu bagi mengenal pasti puncanya.

    Kebiasaannya, jika keputusan siasatan telah diperolehi, maka barulah akan dikongsikan kepada orang ramai,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media bagi sidang media harian COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Beliau menekankan perkara itu ketika menjawab persoalan daripada pihak media mengenai kelambatan mengumumkan kematian sembilan orang pesakit disahkan positif COVID dalam tempoh 72 jam lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda