Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Pertahanan semarak HK ke-38

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Dalam sama-sama mensyukuri Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam ke-38, Kementerian Pertahanan telah mengadakan majlis khatam Al-Quran yang diadakan secara serentak di seluruh surau-surau Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau AsySyuhada’, Akademi Pertahanan (AP) ABDB, hari ini.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, pemangku setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai serta warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Turut dijemput ialah wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan ketua-ketua kampung yang berdekatan.

    Di samping menyemarakkan lagi Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-38, majlis tahunan itu juga diadakan untuk menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Quran dalam kalangan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis serupa juga diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison bagi pegawai-pegawai dan anggota wanita Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menghadiri majlis yang berlangsung di Surau AsySyuhada’, AP ABDB.
    Pegawai dan anggota wanita Kementerian Pertahanan dan ABDB yang menyertai majlis di Surau Ad-Difa, Bolkiah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda