Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembara RIUH ke Sarawak 26 hingga 28 Julai

    KUCHING, 25 JUN – Program Kembara RIUH anjuran Kementerian Komunikasi menerusi Kumpulan myCreative Ventures akan beralih ke Sarawak pada 26 hingga 28 Julai depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures Sdn Bhd, Zainariah Johari.

    Beliau berkata mengikut perancangan awal, program RIUH Oha! seharusnya berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad minggu ini, namun atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditangguhkan.

    “Memandangkan penganjuran Kembara RIUH back to back, jadi kita ambil keputusan untuk tangguh dahulu (penganjurannya) sebab kita mahukan yang terbaik di Sarawak.

    “RIUH Oha! akan melibatkan pelbagai komponen menarik kerana Kuching adalah sebuah bandar raya Gastronomi yang diiktiraf oleh Perwakilan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia di Bernama TV.

    Mengulas mengenai RIUH Oha!, Zainariah berkata program itu adalah platform bagi anak-anak muda terutamanya penggiat seni serta usahawan untuk mempamerkan bakat dan produk mereka.

    “Bagi penganjuran di Sarawak kali ini, MyCreative Ventures akan menampilkan beberapa artis ternama kelahiran negeri itu sendiri untuk membuat persembahan.

    “Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam industri kreatif yang memberi fokus kepada penggiat kreatif,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda