Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena penjara 20 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Seorang lelaki yang melakukan dua kesalahan curi dalam tempoh kurang dari dua bulan dihukum 20 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhi hukuman itu terhadap Suhardy bin Haji Abdullah, 40, yang menukar pengakuannya kepada ‘bersalah’ pada saat terakhir sebelum perbicaraannya dimulakan.

    Tertuduh didakwa mencuri pemampat jet air Hitachi dan bekas simpanannya yang dianggarkan bernilai $1,500 milik sebuah restoran di Sungai Hanching pada 9 Januari 2019.

    Tertuduh telah meminta rakannya untuk membuat pertukaran barang yang dicuri itu dengan dadah methamphetamine.

    Tertuduh pada 24 Februari 2019 turut mencuri dua tayar Sunwid 175/65 saiz 14 dari kedai tayar di Kampung Salambigar. Tayar itu dianggarkan berharga $90.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda