Saturday, January 4, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepala seperti disiram air sejuk – Zila Bakarin

    Hidayah datang tanpa diduga. Itulah ungkapan sesuai menggambarkan kisah penghijrahan pelakon Malaysia, Zila Bakarin yang nekad berhijab sejak Februari 2020.

    Cerita Zila atau Rosmawati Bakarin, 49, keputusan itu dibuat selepas dia berdepan kejadian pelik sewaktu mahu menjemput anaknya pulang dari sekolah.

    Menurutnya, tubuhnya dirasakan seolah-olah sedang telanjang sehingga membuatkan dirinya menggigil ketakutan.

    “Pagi saya hantar anak pergi sekolah, saya pakai baju tidur dengan berseluar pendek seperti biasa.

    “Tengah hari saya nak ambil mereka, saya buka almari selalunya akan capai seluar pendek tetapi hari itu saya capai seluar jean panjang dan sweater tebal. Walaupun panas tetapi saya rasa sejuk semacam dan saya terbayangkan diri seperti sedang berbogel. Muka saya terasa kembang.

    Hati Zila mula terdetik untuk mengenakan hijab selepas berdepan kejadian pelik. – thevocket.com

    “Ia buatkan saya jadi sangat takut sampai terfikir mungkin saya nak mati,” katanya menurut mStar.

    Zila berkongsi perkara itu menerusi siaran podcast Borak Selebriti yang dikendalikan DJ Radio Dina Nadzir dan Falyq Hikyle.

    Bercerita lanjut, Zila memberitahu dia turut mendengar bisikan suara misteri menyuruhnya untuk menyarung sehelai selendang pada bahagian kepala.

    Jelasnya, kejadian tersebut bukan sahaja menginsafkan malah yakin ia adalah petanda hidayah Allah telah sampai kepadanya.

    “Saya pergi bilik dan saya nampak ada sehelai selendang. Terasa ada bisikan suruh saya ambil dan pakai selendang itu.

    “Bila saya pakai saja rasa seperti kepala saya disiram air sejuk. Kemudian saya rasa normal balik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda