Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan Sabah mahu dengar pandangan belia untuk TN50

    TAWAU, 26 Feb – Kerajaan negeri mahu mendengar pandangan generasi muda untuk dinilai menjadi sebahagian pelan tindakan hala tuju negara untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

    Beliau berkata TN50 merupakan usaha positif kerajaan ke arah mengumpul aspirasi golongan belia yang akan mencorak negara mengikut kehendak yang diinginkan pada masa hadapan.

    “Bagi menjadikan negeri ini khususnya dan negara amnya berada di landasan hebat 30 tahun akan datang, kita memerlukan suara anak-anak muda untuk memacu negara.

    “Melalui TN50 kita akan mengumpul aspirasi golongan ini dan yang relevan akan dimasukkan dalam pelan tindakan hala tuju negara,” katanya semasa merasmikan bengkel pengurusan jenazah di Surau Jabal Nur, Jalan Apas di sini, hari ini.

    Beliau berkata Majlis Belia Sabah dan jabatan berkaitan akan menjelajah seluruh daerah bagi menjelaskan TN50 dan mendengar idea bernas belia Sabah dalam memacu pembangunan negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda