Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khai Bahar lebih yakin nyanyi duet atas pentas besar

    Penyanyi Khai Bahar mengakui dirinya lebih selesa menyanyikan lagu duet di atas pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata dia lebih yakin apabila ditemani di atas pentas berbanding perlu berdepan rasa gemuruh seorang diri.

    “Saya sebenarnya lebih suka berduet berbanding solo. Bagi saya keyakinan saya untuk berduet itu lebih banyak dari solo.

    “Bila solo macam banyak fikir. Tapi bila duet dan dapat rakan duet yang memahami saya rasa lebih seronok termasuk dengan Nabila juga,” katanya kepada mStar.

    Bukan itu sahaja, Khai juga berasakan dia membawa satu tanggungjawab besar sekiranya perlu menyanyikan lagu ciptaan orang lain di atas pentas seorang diri.

    Namun dia lebih percaya diri sekiranya membawa lagu ciptaan sendiri.

    “Lebih lagi kalau lagu orang… Tapi kalau lagu sendiri saya tahu nak bawa dan usahakan.

    “Bagi saya kalau lagu orang ini tanggungjawab dia sangatlah besar,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, dia memberitahu kesemua rakan duetnya sebelum ini memberikan kerjasama cukup baik selain berusaha keras mengetengahkan bakatnya.

    “Saya dengar macam-macam mengenai Nabila sebelum ini, tapi saya pun nampak dia berjaya membuktikan kepada semua yang dia mampu menyanyi dengan baik sekarang,” kongsinya.

    Untuk info, Khai bersama Nabila Razali bakal bergandingan di AJL38 menerusi lagu Selagi Ku Ada ciptaan Amylea Azizan.- Agensi

    Khai Bahar berkata dia lebih yakin apabila ditemani di atas pentas berbanding perlu berdepan rasa gemuruh seorang diri.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda