Thursday, October 10, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus lengkapkan kemahiran jaga individu berkeperluan khas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Seramai 32 orang ibu bapa dan penjaga dari Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) telah mengikuti Kursus Perkembangan Kemahiran untuk Ibu bapa dan Penjaga Autisme dan Kaedah Komunikasi Efektif yang berlangsung di Restoran Rasa Ceria, Telanai, baru-baru ini.

    Bertemakan Komunikasi Efektif Pemangkin Keharmonian, tujuan kursus itu diadakan adalah untuk memperkembangkan dan memperkemaskan kemahiran ibu bapa berdasarkan trend dan perkembangan semasa ke arah yang lebih efektif,  kreatif dan berinovasi.

    Transformasi pendidikan masa kini memerlukan peningkatan dalam kaedah dan kemahiran bagi menangani cabaran dalam pendidikan dan penggunaan peralatan teknologi yang canggih.

    Di samping itu, ia bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman melalui amalan terbaik terutama dalam meningkatkan kemahiran komunikasi secara efektif serta mempersiapkan ibu bapa dan penjaga dalam lingkungan ekosistem rumah.

    Ia juga sebagai usaha berterusan untuk membantu pendidikan sepanjang hayat kepada ibu bapa dan penjaga individu berkeperluan khas.

    Kurus tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Khas (FITRAH) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Khas (JPKhas), Kementerian Pendidikan, CDC, Kementerian Kesihatan, Kidz Discovery World (KDW), dan Syarikat  Jari-jariku (JJK).

    Gambar ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir semasa kurus berkenaan. – GAMBAR SERAHAN FITRAH

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda