Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lawatan rombongan Thailand ke IBE bincang kolaborasi

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Rombongan dari Kementerian Industri, Institut Makanan Negara dan Institut Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Thailand telah membuat lawatan ke Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), hari ini.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, menyatakan bahawa rombongan berkenaan diketuai oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai dan Timbalan Ketua Pengarah di Kementerian Industri, Thailand, Siripen Kiatfuengfoo.

    Sementara itu, mewakili MOFE ialah Pengarah di Bahagian IBE, Allen On serta pegawai-pegawai kanan dari MOFE.

    Mesyuarat telah membincangkan kolaborasi bagi kedua-dua Thailand dan Brunei Darussalam untuk mempromosikan dan membangunkan kerjasama yang lebih erat bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bidang-bidang utama iaitu bekalan dan standard sektor makanan.

    Perbincangan juga tertumpu kepada inisiatif-inisiatif dan peluang-peluang perniagaan bagi kedua-dua buah negara, yang mana akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama perdagangan antara Brunei Darussalam dan Thailand.

    Allen On bergambar ramai dengan rombongan dari Kementerian Industri, Institut Makanan Negara dan Institut Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Thailand. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda