VIENTIANE, 23 SEPT – Sejumlah 25,564 kes demam denggi telah direkodkan di seluruh negara sejak Januari 2022, menurut Kementerian Kesihatan Laos.
Satu laporan dikeluarkan oleh Pusat Maklumat dan Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan hari ini mengatakan negara itu melaporkan 162 kes baharu demam denggi, membawa jumlah keseluruhan jangkitan kepada 25,546 dengan 18 kematian dilaporkan. – Xinhua