Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 300 botol minuman keras dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya mematahkan cubaan tiga individu menyeludup masuk 384 botol minuman keras pelbagai jenama dalam operasi pencegahan jenayah di kawasan kebun persimpangan Kampung Junjongan, Daerah Brunei dan Muara kelmarin.

    Dalam operasi dikendalikan oleh Polis Simpanan ‘C’ Kompeni, PPDB pada jam 4:40 petang itu telah menahan dua warga tempatan dan seorang lagi warga asing dalam kenderaan yang mencurigakan.

    Semasa pemeriksaan, anggota peronda menemui sebanyak 16 bungkusan kotak hitam dalam kenderaan suspek disyaki minuman-minuman keras berkenaan.

    Kesemua barangan tegahan telah dirampas manakala suspek dan kenderaan mereka dibawa ke Balai Polis Limau Manis bagi siasatan awal kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.

    PPDB mengingatkan orang ramai pemantauan akan terus dipertingkatkan bagi tujuan membanteras kegiatan-kegiatan jenayah, terutamanya penyeludupan barangan tegahan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan menyalahi undang-undang ini disarankan berkongsi maklumat dengan pihak polis melalui talian 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

    Sebanyak 16 bungkusan kotak hitam ditemui dalam kenderaan suspek. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda