Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    43 botol, 1 tong air tuak dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar seraham PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Sekitar 43 botol dan satu tong minuman dipercayai air tuak telah dirampas dalam operasi sepadu yang dijalankan oleh pegawai dan anggota daripada Daerah Polis Belait dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), operasi tersebut dijalankan pada 28 Julai ke atas sebuah rumah di Kampung Bukit Puan, Labi Daerah Belait.

    Turut ditemukan semasa serbuan ialah 153 biji ragi dipercayai antara lain ramuan bagi membuat air tuak yang ditemui di kawasan luar pemilik rumah.

    Pemilik rumah (suspek) serta kesemua barang rampasan diserahkan kepada pihak JKED
    bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Botol-botol berisi air tuak yang ditemui semasa operasi bersepadu berkenaan.
    Ragi dipercayai antara lain ramuan bagi membuat air tuak turut ditemui semasa operasi itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...