Wednesday, April 30, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 60 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan untuk menyokong komuniti, Setia Motors Sdn Bhd, mengadakan Majlis Penyerahan Derma Anak-anak Yatim yang berlangsung di Bilik Pameran Ibu Pejabat Setia Motors, Beribi, hari ini.

    Majlis tahunan itu dihasratkan untuk menyemarakkan semangat anak-anak yatim dalam persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Diadakan untuk kali kelapan sejak 2015, majlis berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen Setia Motors untuk menyokong masyarakat serta mempromosikan tanggungjawab sosial.

    Pada majlis berkenaan, seramai 62 orang anak yatim telah menerima sumbangan berupa sampul hijau Hari Raya dan barangan yang disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dan Pengurus Besar Setia Motors, James Chin.

    Pengurus Sumber Manusia Setia Motors Sdn Bhd, Awang Ramli bin Ahad dipetik menyatakan bahawa secara bersendirian kita hanya dapat melakukan sedikit tetapi bersama kita dapat melaksanakan lebih banyak.

    Para keluarga yang menerima sumbangan berkenaan telah dikenal pasti oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan juga daripada keluarga kakitangan Setia Motors.

    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz menyempurnakan penyampaian sampul hijau Hari Raya kepada salah seorang anak yatim yang diraikan dalam majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Ibu Pejabat Setia Motors, Beribi.
    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Mu’iz menyempurnakan penyampaian sampul hijau Hari Raya kepada anak-anak yatim yang diraikan dalam majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Ibu Pejabat Setia Motors, Beribi, hari ini.
    Antara anak-anak yatim yang diraikan pada majlis penyerahan derma yang berlangsung di Bilik Pameran Ibu Pejabat Setia Motors, Beribi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda