Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 6,000kg durian laris dijual

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Lebih 6,000kg durian laris dijual kepada penggemar raja buah di negara semasa berlangsungnya Festival Durian 2017 bersempena Ekspo Keusahawanan anjuran Starbugs Event Management di Stadium Tertutup, Berakas.

    Penganjuran Festival Durian yang diadakan bermula 27 September hingga 2 Oktober itu merupakan kali pertama dianjurkan oleh Starbugs Event Management dan telah mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai terutama sekali pencinta raja buah berkenaan.

    Sambutan luar jangkaan itu dibuktikan apabila lebih tiga ribu pengunjung datang ke ekspo berkenaan dan lebih 6,000kg durian terjual dalam tempoh lima hari ekspo dan festival durian diadakan.

    Penganjur Starbugs Event Management, Awang Sufri bin Haji Puasa, tidak menyangka festival durian ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tempatan dan juga pelancong.

    Menurut beliau lagi, durian-durian dijual dengan harga berlainan mengikut jenis buah dan gred. Selain buah durian, pelbagai jenis buah-buahan tempatan turut dijual seperti pisang, tembikai dan banyak lagi.

    Durian-durian yang dijual ketika pesta itu dijalankan.

    Seorang penggemar durian, Dayang Aizen Syamsiah berkata, ini kali pertama dia datang ke festival durian di Brunei Darussalam dan teruja dengan jumlah durian yang banyak dan mempunyai pelbagai pilihan.

    “Alhamdulillah durian yang saya pilih ini mengikut cita rasa saya dan suami, walaupun ada sebiji yang tidak elok, saya masih boleh menukarnya kepada yang lebih baik daripada penjual,” katanya.

    Salah seorang penjual durian yang dikenali sebagai Awang Ripin berkata, “Lebih 6000kg dijual semasa festival ini berlangsung dan kami tidak menyangka akan mendapat sambutan yang luar biasa.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda