Sunday, May 12, 2024
34.7 C
Brunei

    -

    Lebih banyak sekolah di AS guna sistem empat hari pembelajaran

    INDEPENDENCE – Hari Isnin pada bulan September, tetapi apabila sekolah ditutup, tiga orang kanak-kanak keluarga Pruente tidak mempunyai tempat untuk pergi. Callahan, 13, membengkokkan dirinya ke belakang ketika Hudson yang berumur tujuh tahun bermain dengan belon dan Keegan yang berumur 10 tahun bermain piano.

    Seperti ramai pelajar yang semakin bertambah di seluruh Amerika Syrikat (AS), anak-anak Pruente mengikuti jadual persekolahan selama empat hari, satu perubahan yang diperkenalkan oleh daerah mereka di Independence, Missouri pada musim luruh.

    Bagi kanak-kanak, ia adalah perkara yang menggembirakan. “Saya mendapat cuti sekolah selama tiga hari!” kata Hudson.

    Tetapi ibu mereka, Brandi Pruente, yang mengajar bahasa Perancis di daerah jiran di pinggir bandar Kansas City, kecewa kerana terpaksa mencari aktiviti untuk menghiburkan anak-anaknya dan mengelakkan mereka dari peranti elektronik semasa dia bekerja lima hari seminggu.

    “Saya rasa seperti saya kembali semasa penutupan COVID,” katanya.

    Keegan Pruente, kiri, bekerja dengan Laura Kilpatrick, kanan, semasa pelajaran piano Keegan di Independence, Mssouri pada 11 September. – Gambar AP
    Hudson (kiri), Callahan (tengah) dan Keegan Pruenteberdiri di luar sekolah mereka pada Isnin pertama mereka semasa minggu persekolahan empat hari baharu pada hari Isnin di Independence, Mssouri pada 11 September. – Gambar AP
    Gambar Freepik

    Ratusan sistem sekolah di seluruh negara telah menerima pakai jadual sekolah selama empat hari dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamannya di kawasan luar bandar dan barat Daerah AS. Mereka menyebut ia dapat menjimatkan kos dan kelebihan dalam pengambilan guru, walaupun ada yang mempersoalkan kesan terhadap pelajar yang sudah terlepas dari pembelajaran penting semasa pandemik.

    Bagi ibu bapa, terdapat juga perkara yang rumit dan kos untuk mengatur penjagaan kanak-kanak pada hari tambahan itu. Walaupun kajian menunjukkan bahawa ibu bapa bersetuju secara keseluruhannya, sokongan itu semakin merosot di kalangan mereka yang mempunyai anak-anak yang lebih kecil.

    Baru-baru ini, Brandi Pruente berada di rumah kerana Hudson mengalami ruam misteri pada lengannya. Hampir setiap minggu, anak sulungnya akan menjaga, dengan bantuan sekali-sekala dari datuk dan neneknya. Dia tidak berminat untuk membayar pilihan penjagaan kanak-kanak yang ditawarkan oleh daerah itu dengan harga AS$30 sehari.

    Didarab dengan beberapa kanak-kanak, ia menjadi kos yang banyak.

    “Saya mahu anak-anak saya berada dalam persekitaran pendidikan,” katanya. “Dan saya tidak mahu membayar se-seorang untuk menjaga mereka.”

    Walaupun begitu, penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh daerah itu tidak begitu mudah kerana ia tidak ditawarkan di setiap sekolah. Dan di daerah empat hari yang lain, ramai ibu bapa menyesuaikan jadual kerja mereka atau mendapatkan bantuan keluarga sehingga penjagaan kanak-kanak telah dihentikan kerana pendaftarannya yang rendah.

    Ini amat membimbangkan terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lebih kecil dan mereka yang kelainan upaya yang menjadikan mencari penjagaan kanak-kanak lebih mencabar.

    Dalam lebih daripada 13,000 daerah sekolah di seluruh negara, hampir 900 beroperasi mengikut jadual yang dipendekkan, meningkat daripada 662 pada tahun 2019 dan lebih sedikit daripada 100 pada 1999, kata Paul Thompson, profesor ekonomi bersekutu di Universiti Negeri Oregon.

    Amalan ini telah menjadi popular terutamanya di komuniti luar bandar, di mana keluarga sering memiliki ibu bapa yang berada di rumah atau datuk nenek yang berdekatan. Tetapi Independence, yang terkenal dengan hubungannya dengan Presiden Harry Truman, adalah luar bandar, dengan 14,000 pelajar, termasuk kira-kira 70 peratus yang layak mendapat makanan bersubsidi oleh kerajaan.

    Daerah itu menawarkan makanan pada Isnin bulan lalu, tetapi tidak di setiap sekolah.

    Mulai Oktober, pelajar yang menghadapi masalah akan dapat menghadiri ke sekolah pada Isnin untuk mendapatkan bantuan tambahan. Superintendan, Dale Herl berkata perbincangan dengan pegawai-pegawai di daerah lain telah meyakinkannya bahawa ibu bapa akan mencari penjagaan kanak-kanak untuk pelajar lain.

    “Awda perlu kembali dan melihat, apa yang ibu bapa lakukan semasa musim panas? Apa yang mereka lakukan semasa percutian musim bunga atau cuti Krismas?” katanya, sambil menambah bahawa sekolah-sekolah sudah mempunyai hari cuti pada hari bekerja untuk acara-acara seperti persidangan guru.

    Di Missouri, bilangan daerah yang secara rutin mendapat cuti hujung minggu tiga hari telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak wabak itu melanda, daripada 12 peratus kepada 30 peratus. Beberapa ahli perundangan Missouri telah memberikan tentangan, dengan mengatakan bahawa pelajar memerlukan lebih banyak masa bersama guru. Satu cadangan perundangan yang gagal akan membenarkan pelajar di daerah empat hari untuk berpindah atau menghadiri sekolah swasta, dengan daerah asal mereka membayar kosnya.

    Beberapa daerah memilih jadual pendek untuk menjimatkan wang. Analisis oleh Suruhanjaya Ekonomi Negeri menunjukkan bahawa penjimatan sedemikian adalah sederhana, dengan jumlah keseluruhan antara 0.4 peratus hingga 2.5 peratus daripada bajet tahunan mereka.

    Bagi kebanyakan sistem pendidikan termasuk Independence, yang telah memanjangkan empat hari persekolahan yang lain, harapannya adalah untuk meningkatkan pengambilan dan pengekalan guru.

    Sesetengah sistem pendidikan yang membuat perubahan bersaing dengan daerah yang mampu membayar sehingga lebih $15,000, dengan hanya menambah 15 minit ke dalam perjalanan, kata Jon Turner, profesor pendidikan bersekutu Universiti Negeri Missouri.

    Daerah lain segera mengikuti, menjadikan jadual yang dipendekkan sebagai penyelesaian ‘Band-Aid’ dengan pulangan yang semakin berkurangan, kata Pesuruhjaya Pendidikan Missouri. Margie Vandeven.

    “Jika semua orang beralih kepada jadual sekolah selama empat hari,” katanya, “Itu bukan lagi satu strategi pengambilan.”

    Dalam sesetengah komuniti, minggu persekolahan selama empat hari adalah lebih baik untuk keluarga. Di daerah Turner County di utara-tengah Montana, yang persidangan olahraganya merangkumi daerah yang berjarak tiga jam atau lebih, memberikan cuti pada Jumaat bagi mengelakkan situasi apabila perlawanan bola keranjang di tempat lawan meninggalkan sedikit pelajar di sekolah untuk diajar.

    Ia juga memberi anak-anak satu hari lagi untuk bekerja di ladang keluarga. Daerah ini mempunyai kurang daripada 50 pelajar.

    Kesan terhadap akademik adalah kabur, walaupun beberapa kajian menunjukkan jadual tersebut tidak menjejaskan markah ujian jika empat hari persekolahan yang lain dilanjutkan untuk mengisi masa itu, kata Thompson.

    Walau bagaimanapun, Perbadanan Rand mendapati bahawa perbezaan pencapaian di daerah minggu persekolahan selama empat hari, yang pada mulanya sukar dilihat, menjadi jelas dalam beberapa tahun. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jumlah korban banjir di Afghanistan melebihi 330 orang

    KABUL, 12 MEI - Lebih daripada 330 orang telah terkorban akibat hujan ribut  dan banjir kilat yang melanda sebahagian besar wilayah Baghlan, Takhar, Badakhshan,...