Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih separuh spesies Australia terhapus akibat kebakaran

    SYDNEY, 14 NOV – Lebih separuh daripada spesies haiwan dan tumbuhan Australia terhapus berikutan kebakaran mega 2019-20 di negara itu, menurut dapatan penyelidikan baharu.

    Penyelidikan yang diterbitkan oleh Universiti Deakin dalam Nature berkenaan, menganalisis kesan kebakaran belukar Black Summer 2019-20 ke atas 1,380 spesies haiwan dan tumbuhan yang ditemui di Australia.

    Ia mendapati bahawa 55 peratus daripada spesies menurun berikutan kebakaran – sama ada kerana ia menjadi kurang dalam kuantiti yang besar atau menduduki di habitat yang kurang.

    Kebakaran 2019-2020 adalah antara yang paling teruk dalam sejarah Australia yang memberi kesan kira-kira 24.3 juta hektar tanah di seluruh negara berkenaan terutamanya di pantai timur dan menyebabkan 34 kematian akibat terbakar serta ratusan lagi akibat terhidu asap.

    Kajian baru itu juga mendapati bahawa haiwan mamalia dipengaruhi secara tidak seimbang oleh kebakaran dengan purata spesies menurun dua kali lebih besar daripada kumpulan haiwan lain.

    Walau bagaimanapun, kajian itu juga mendapati bahawa 44 peratus daripada spesies yang dianalisis lebih kerap ditemui di tapak kebakaran selepas bencana dengan peningkatan bilangan.

    Laporan yang disusun oleh lebih 100 saintis berkenaan menyeru untuk memikirkan semula pendekatan semasa oleh Australia terhadap pembakaran pengurangan bahan api.

    Pembakaran yang ditetapkan atau prescribed burning biasanya dilakukan di seluruh Australia menjelang musim kebakaran hutan untuk mengurangkan bahan mudah terbakar seperti tumbuhan, dahan tumbang, kayu balak, daun dan kulit kayu.

    Penyelidikan mendapati bahawa amalan itu boleh menimbulkan gangguan yang lebih besar kepada ekosistem apabila kebakaran besar berlaku. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda