Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Min Ho dihina kerana gemuk

    Pelakon Korea Selatan iaitu Lee Min Ho dikecam warganet kerana perubahan fizikal pada dirinya.

    Aktor K-Drama itu dilihat lebih berisi selepas muncul dalam iklan terbaharu untuk jenama sebuah produk kecantikan.

    Menerusi iklan tersebut, Lee Min Ho kelihatan lebih tembam dan gemuk berbanding sebelumnya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melontarkan komen menjurus ke arah bodyshaming aktor berkenaan.

    “Siapa pak cik ni? Sekarang dia dah nampak tua.

    “Berbeza dah sekarang, nampak lebih berisi,” komen warganet di media sosial.

    Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyalahkan jurukamera kerana tidak merakam dan memilih sudut yang baik.

    Untuk rekod, ini bukan kali pertama bintang K-drama itu dikecam warganet.

    Sebelum ini, Min Ho juga pernah ditegur kerana kelihatan lebih tembam dan berisi. – Agensi

    Lee Min Ho tampil dilihat lebih berisi dalam iklan kosmetik baharu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda